" F l o w e r "

flaw

Sweety Peeyaaa :>


Dont be a bitch and rip





LIFELESS}
13 Nov 2013 | 5:46 pm | 0Comment



Assalamualaikum hehe Happy Holidays fellas. Pehhh pehhh lawa kan kan Katy Perry. Ingat lagi do masa form 1. Khuzairi aka Khuzack pehh pehh big fan katy perry ni hah. Dia suka gila dengan katy perry Hahahahaha lol cem takde motif je cerita kan kan. Act haritu aku ada nampak Khuzack masa korban hari raya haji. Dia ada masa penyembelihan dekat surau tu. Tapi for sure aku tak tegur la, hmm lagipun aku nampak dia dari jauh je.

Hemmm hemmmm aku nak bagitahu yang aku dah dapat benda ni lololololo denim jacket. lol sebenarnya dah nak 1 bulan kot dalam almari hehe dan baru sekali aku pakai. Act denim jacket ni sangatla murah diantara jacket jacket yang lain sebab sedia maklum denim jacket harga dia sebenarnya dalam seratus lebih. Dan dan aku beli jacket ni hmmmm 59.90 sahaja. Dekat kedai jenama Romp dekat jusco wangsa maju. Hewhew kedai ni jugak aku beli varsity yang tak guna tu. pehh pehhh nasib baik aku perasan. Tu pun sebab patung kedai tu pakai dan hati aku tergerak nak tengok jugak harga dia.Lol motif sebenar aku tunjuk jacket ni kankan sebab aku baru perasan.. tadi waktu aku tengok post post lama aku. then aku tengok post yang aku cakap aku nak sangat denim jacket tu, gambar jacket yang aku ambik dekat tumblr tu tu macam iras iras aku punya hehehehehe cuba teengok hehehehe bezakan gambar 1 dengan 2. lol jacket aku hodoh sebenarnya



Okayguys cukup pasal jacket dan disini gua nak buat pengumuman hehe. Aku dah diet tak makan nasi almost 2 weeks. eceh tapi aku rasa macam takde effect je sebab even tak makan nasi tapi aku makan cheese cake yang ayah bawa balik dari bakery genting zzz. Tapi lately ni aku cem kawal jugak ahhh. Dari awal aku diet pun aku exercise jugak. tapi takde ahh joggin hmm cuma buat ringan ringan jelah. macam lompat bintang 100 kali dalam 3 kali sehari. lepastu lari setempat lepastu buat apa tah nama dia.. semua ni aku refer dari @twt_gym dekat twitter hehehehe. Sebenarnya kalau nak diet tak makan nasi hmm bukan bagus kalau makan cococrunch honeystar semua. sebab benda ni manis. Dan manis boleh menggemukkan sedikit demi sedikit ceywwaahhh. Memandangkan aku pun dah awal awal bagitahu ibu yang aku nak diet. Dia pun hari hari masak mesti sediakan satu sup sayur. Takpun hmm rebus telur+brocolli hijau+potato hmm ni pun dah macam kenyang. 

HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA
dah dah, poyo je kot aku hahahahahahahahaah. 


Tapi entah ah nanti ahh kot aku rasa macam nak buat kek >< Tapi aku diet. Hahahaha takpa takpa sekali je buat kek lepastu takdah. First plan rasa cem nak buat Red Velvet hehe tapi ibu ahhh kata banyak pakai bahan. Cream cheese, cuka semua bagai hahahahah okay ibu okay. Then baru baru ni aku saja je la tengok tengok gambar dekat tumblr last last terjumpa gambar Rainbow cake. Yang warna warni macam rainbow layer kek dia tu kan. Hmmm lepastu saja je ahh nak google 'Rainbow cake' last last beli bukak resepi dia hmmmm senang je kot. Kahkahkah dia macam butter cake biasa then tambah pewarna dengan buttercream dekat setiap layer dia. Pehhh senang gila bapak. Kahkahkah tengok resepi buttercream pun cem senang je. Tapi kalau ikut resepi butter cream dari blog blog malaysia, dia macam remeh sikit sebab pakai 'shortening' apa tah T.T aku mana tahu. last last bukak youtube, orang putih buat buttercream senang je. Cuma butter, icing sugar, vanila estract dengan susu sikit. Hmmmmmmmm Afham ahhh my lil bro semalam aku cakap je dekat ibu nak buat kek. then dia dengar. mula ahhh tak habis habis tanya 'bila nak buat kek'-'bila nak buat kek' pehhh kecoh. Kbye sampai disana sahaja coretanku hehehe nah nah nah aku hidangkan korang kek ni haaaaaaaaaaa inilah kek rainbow kalau tak tahu c:



So guys, hehe tunggu la my next update. Mintak mintak masatu aku dah buat kek ni and nanti aku share ahhh gambar buat tayang tayang lols dan farisya kawanku, silalah jelous tahap nak mati kalau aku berjaya buat kek ni hahaahah kboii. Enjoy you holidey hmmmmm T.T