" F l o w e r "

flaw

Sweety Peeyaaa :>


Dont be a bitch and rip





xxluq.manxJumaatcutixluq.manxx}
21 May 2013 | 5:58 pm | 0Comment


21/5/2013

Assalamualaikum. Haa kalau jawab sayang dia. Kalau tak jawab, hmm dosa k dosa. Ok sakai gila peeya.

Ok guys, jumaat ni cuti xx  Ya Allah tak sabar nya lahai. Menghitung hari je ni. Esok lepastu lusa lepastu cuti. Tak sabarnya. Tak sabarnya. Tak sabarnya. omg omg excited bukan kepalang. Ye lah, siapa je tak suka cuti? Bangun lambat. Online sampai pagi esok. Nonton tv jeeeeee. Makan tengahari tunggu mak panggil. Haha bila cakap pasal lunch lunch ni.. mak aku panggil, aku buat donknow je. maleh ahh aku nak ahh turun makan. Diet kau. Hahahahaha aku dengan ipah tak makan nasi doo sekrang. Nak kurus sikit katanya. Katanya lah kan. Makanan kiteorang as usual koko crunch. Yummy. Ceh bunyi macam kenyang sangat je makan benda bijirin tu. Di samping itu, meratah lauk pauk. Lepastu mi segera, sentiasa jadi kegemaran. Botak licin ahh lepasni makan maggi hari hari. Plus bodoh. Lately ayah suka beli Cintan do -.- Entah sebelum ni beli Mamee sedap ahh jugak. Cintan macam apa tah. Kalau masak, lambat je mi dia nak lembik. 

Okay stop cerita pasal makang makang ni, kita bertukar ke exam pulak. Haaaaaaa mid year. 


Hahahaha comel. Mr. Bean holiday xx. Okay takut gila nanti naik cuti tengok result rupa macamana. ye la semua paper aku jawab tak confident do. Karangan bm melalut je aku mengarang. Ceh kononnya hantar surat dekat kawan cerita pengalaman pergi pesta buku. Hahaha kelakar do bila ingat ingat balik, cerita pasal nampak Nora Danish la Adi Putra lah -.- Sejarah haha apatah lagi. Tawakal je la kerja aku dari dulu. English paper 2 pun apa kurangnya, essay berterabur. Geo hmm boleh tahan la. Math pon macam tu macam tu je la. Kira boleh ahh jawab, takdalah aku main bantai je. Tapi hikhik tak tahu betul ke idokk. Science haha no comment. Agama :o dan dan seni esok. Eeeee seni ahhhh paling tough. Lepastu hari khamis nanti khb pulokk. Hmmmm -_- Bila lah nak habis pmr? Bilalah nak habis sekolah? Bilalahh boleh bawa kereta? #eh Bilalahhhhh nak rasa kebebasan ni. ceh kebebasan sangat pun tak boleh. hmm -,-

Okay blur. Nak cakap apa lagi yehhh.... hmmmmm. Haaa sabtu ni birthday ayah. Hahaha ohh okay. Lepastu  3 june birthday aku pulak. Hmmmmmm tutti fruity okay ayah. 15 dah aku woi. Ceh besaaaaaaa dah dia. Besaaa dah dia. Aummmm. Bytheway, 1 jun ni dekat Titiwangsa ada kenduri kahwin. Wuuuuuu nak pakai baju apa. Hmm sedih ahh takde baju. Haritu ada jugak cakap dengan ayah, tak tahu ahh nak pakai baju apa. lepastu ayah cakap nanti ayah bawa pergi reject shop. hahaha hambar gila. Reject shop dia nak bawak? hahahahaha laka laka ahhh ayah ni. Bukan lawa pun baju dekat situ heh. Aku lagi sanggup masuk Aeon dari masuk reject apa jadah tu. hashtag serious talk.

Okay sebelum publish kan kan, nak cerita lah.. sekolah titew budak lower six dah masuk. dan dan. hmmmm malas ahh nak cerita. Eh btw, malam ni tuition. Hehe tak sabar gilooooooooooooooooooo. Haha aku kan, lepas sorang sorang. Hehe. Doakan kami pelajar tingkatan 3 tak gatal tau dan sentiasa rajin belajar.

And ladies and gentlemen, mempersembahkan si Handsome xx


Lidahnya senget. Tapi stay cute boy. Bye cuti nanti kita update lagi :*