" F l o w e r "

flaw

Sweety Peeyaaa :>


Dont be a bitch and rip





Salam AidilFitri.}
3 Aug 2013 | 1:19 pm | 0Comment


Assalamualaikum dan selamat pagi penduduk bumi sekalian. Heeeeeee dah lama tak update blog. Last entrie bulan 5 kan. Well pelajar pmr lah katakan. Sibuk membaca membuat revision lah kononnnya.

Bila cakap Pmr... hemmmmmmmmmmmm! lepas raya lebih kurang 1 bulan lebih je dah nak exam. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam je masuk sekolah :c Dan macam yang aku cakap sebelum ni, target aku pun tak de lahh tinggi sangat. Ayah kata 6a pun dah cukup. Dan kalau rezeki aku dapat 6a keatas, Insyaallah iphone menantiku xx. Tapi kalau tidak, hmmmm kesian ayah. Dia terlalu bagi harapan tinggi dekat aku. Sebab aku anak sulung. Cehhh jadi contoh dekat adik adik lah katanya. Hehe pernah sekali tu ayah cakap, kakak dapat 5a masa Upsr. Tapi kenapa Tania tak ikut macam kakak.. 2a je dia dapat. Kahkahkah masa tu aku tersipu sipu je lepastu mestilah merendah diri lah sikit cakap "mana ada". Tania pulak tunjuk muka terasa haha. Dulik peeeeeee hakuhhhhhhhhh?

Okay fyi kiteorang batch 98 baru sahaja solosai dengan trial. Dan sebenarnya soalan selaras. Cikgu sengaja mempermainkan kita semua cakap yang soalan trial sekolah yang buat puiii. Semalam, Jumaat, waktu nak alih meja dari dewan ke kelas. Semua kecoh dengan markah khb yang dah masuk saps tu. Cikgu Wong kata seorang gagal. Aku pun mula ahhhh gelabah gila babi yang ingkatkan aku yang gagal tu sebab cikgu Wong kata aku banyak salah dekat bahagian account. Shit. Tapi ternyata... bila balik rumah check saps. Alhamdulillah bukan aku c: Gila kau, kalau satu subject gagal kira gagal semua kot. Apa guna kalau subject lain A masa tu. 


Baru baru ini dunia digemparkan dengan benda ni haaaaah. Cory Monteith R.I.P. Hemmmmmmmm aku tahu dia pun sebab aku rajin lah jugak bukak Star World tengok Glee. Kalau tak memang tak kenal lah kan. Entah masa bukak twitter haritu. Belambak trending pasal dia. Ternyataaaa' dia udah mati. Entahlah masa tu aku macam tak boleh terima kenyataan sebenarnya. Sebab entah la. Mungkin handsome sangat kot. Kesian Lea gf dia tu. Hahaha feeya! Apa motif kau cerita pasal dia dooo -.- Awkward ~~

Okay hahaha. Sebenarnya selama harini banyak je kot benda yang berlaku. Tapi entahlah bila nak cerita dekat blog je. Blank terus. Yang dalam kepala otak aku sekarang ni nak wish Selamat hari Raya je. Haha. Guys, uoll dah beli belum persiapan raya? Okay me and family. zero k zero. Hanya 2 pasang baju kurung je. Yang lain Insyallah lepas ni nak gerak kl. Shopping ! Okay doakan setiap apa yang aku nak beli lepasni.. semua ada size. Especially kasut. Errrrrr tolonglahhhhh. Ya Allah tolonglah permudahkanlah urusan kami nanti. Hummmm c:

Okay. Bye. See u next time. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Mohon maaf salah silap peeya. Terlanjur kata tercarut carut semua. Halalkan makan minum. Mana tahu ada yang peeya pinjam lupa nak ganti ke, mohon halalkan. Heheheheh.
Oh, yeye. Salah silap korang pun peeya maafkan. Dont worry. Kita sesama manusia kena saling memaafi. Balik kampung jangan bawak kereta laju laju, cakap dengan ayah. Ingatlah orang tersayang. Eh, Datanglah raya rumah.
Hahahahahahahahaahah bye.