" F l o w e r "

flaw

Sweety Peeyaaa :>


Dont be a bitch and rip





After Pmr.}
13 Oct 2013 | 12:19 am | 0Comment


Hi assalamualaikum semua. Memandang kan aku memang dari sebelum pmr tidur lewat malam, apatah lagi sekarang setelah bergelar pelajar yang macam dah 'merdeka' sikit lepas pmr ni. Lagi lah 2 3 pagi baru nak tidur sebab menghadap benda benda twitter semua ni. Sekarang mana boleh tidur 10 11 malam. Since aku pun dari tadi asyik berkaraoke seorang diri dengan youtube ni. Tetiba macam nak update blog je kan. Ni pun nak update post baru lepas siap tukar blogskin. well blogskin sebelum ni macam 'ceni ceni' je. Dan blogskin baru ni pun takda la lawa sangat pun. Cuma entah dia nampak macam ringan sebab kosong. Bagi aku, sedap mata aku memandang. Tapi kalau mata kau semua sakit bila pandang, haa pangkah je terus tab tu. Macam peduli pulak aku. ceh haha

Okay frst aku nak sentuh pasal pmr. Hihihi okay kot. Bagi aku takde la taf sangat. cehh ulang balik ayat tadi. Hhahaha. Tapi sejarah aku macam takda harapan je nak A. Kalau ikut jawapan jawapan dari blog dan tweet tweet di twitter, salah berapa belas tah haha. Entahla, aku memang dari form 1 ngok ngek sejarah. So so je. Bila baca buku pun macam masuk tak masuk je benda yang aku baca. Latihan latihan yang aku buat pun sama. Tapi tipu la aku tak ingat semua, ingat tu ada. Cuma separuh. Bukan macam mimi. Mimi tu pehh power sejarah. and then, Science pun macam okay okay je. Bahasa melayu, entah aku takut juga do. Aku takut markah kurang sebab kurang markah bahagian c kertas 2. well gua ambik soalan lima yang 'dikendong berciciran yang dikejar tak dapat' emmm. mintak mintak penanda kertas tu terima je jalan cerita aku. Amin. Aku doa mintak mintak semua penanda penanda kertas jawapan jawapan aku dalam keadaan baik baik je lah bila tanda kertas aku. bagi aku markah lebih hihi.

Okay now lepas periksa, as usual tipu la kalau tak plan pergi mana mana kan. Aku dengan kawan kawan  kalau jadi, kiteorang plan nak ke tii-egghhs, 26 oct ni. Nak main theme park. Haha kalau ikut plan awal aku, pipah dengan farisya mula mula kiteorang nak pergi klcc. Cuba korang teka kitaorang tiga plan nak buat apa dalam klcc tu? Haha masuk petrosains. Ala lagipun klcc macam macam kot boleh buat. wayang ada semua ada kan. Tapi masa kiteorang plan tu tak discuss lagi dengan yang lain. Bila kiteorang cerita dengan yang lain, sumpah dorang gelak nak pergi petrosains. Haha bila aku fikir fikir balik memang kelakar pun sebenarnya. Tak rasa ke macam rombongan budak budak sekolah je lols. Lainlah pergi dengan family zzzz

Lepastu insyaallah bulan 11 nanti pun keluar kot? Tapi dengan farisya je la. Dia kata nak bawa siapa tahhhh. Aku follow je hehe. Cerita dia memang aku banyak sangat pun duit nak keluar je-.- Dear Farisya, keluar la tau ts 26 ni. uhuk uhuk, kalau kau taknak jalan dengan dorang dorang tu.. jalan je la dengan aku pipah. Lepastu dia kata kalau jadi nak bawa cousin dia yang form 3 tu. Budak puchong kalau tak silap aku. Entahla, mintak mintak kau boleh pergi Amin ya Rabb c: 

Kepada iefa sayangx, sorry la tak dapat follow kem. Ummm well gua punya bapak, Zahiri Anuar tu dia memang macamtu. Aihhh susah do. Tapi bagus jugak dapat parents macam ni, at least aku takdalah sosial sangat. cehh padahal.. Sorry la tau, aku tak follow pun ada sebab. Karang dia tak bagi aku duit pulak masa keluar tu karang. Meleleh je aku tengok korang shopping. Sedih. 

Farisya pun, sorry tau. Seriously aku nak ikut kau esok pergi mid. Aku nak tengok Bencinta. Memang bapak aku dah bagi green light. Tapi kau ah degil, dia nak mak kau call dulu tapi kau tetap taknak aihhh. Dia cuma nak kepastian je. Tapi ni aku tak jadi pergi pun, bukan sebab tu.. nasib baik la aku tanya ayah aku 'ayah kalau akak keluar esok, 26 ni boleh keluar lagi?' mula mula respons dia okay tau. Tiba tiba ibu mencelah kata 'amboi jalan nombor satu. Ibu mintak tolong taknak buat. Ayah, bagi dia keluar sekali je sebulan.Banyak cekadaq dia.' Hmmm ayah pun memang setuju seratus peratus la -..- Entah ibu macam dengki je dengan aku. Siot -,- Aku cakap dengan kau farisya, tadi aku dah try dah apa yang aku nak pakai esok. Last last macam ni. Aku siap pakai kasut sekali, sanggup bawa masuk bilik semata mata nak try. Hahahaha over kan. Takpe takpe, bulan 11 ni kita keluar berdua :* Tapi aku rasa kita pergi tengah bulan la tau, jangan awal bulan.


Farisya ! Farisya! nanti masa kita pergi bulan 11 tu, kita jangan pergi ts la. kita pergi mid ah tau :)

And, umm umm kepada yang tutt tutt. Sorry la pasal gaduh gaduh semua tu. Aku mintak maaf.

Tadi kan kan kan, sebelum pergi makan dekat luar.. masa aku nak turun bawah kan kan. Aku dengar ayah ada cakap nak buat passport. Hehehe. Nak kemana ayah oi? Act, aku dengan adik adik aku semua takde passport except for ibu dengan ayah dah ada dah.. Haha tapi sebelum ni pernah jugak ibu la kata nak pergi bali.. nak pergi bali -.- pffffft baik jakarta. Takpun lebih baik singapore. Takpun baik pergi australia ke korea ke china ke apeee. Takpun macam aman kata pergi England. Heheh macam kaya je. Entahlahhhhh ayah ni kadang yo yo oh' je. Lol sebenanya macam takde motif pun aku cerita keh keh

So, bye. Good night fellas. Dont ever let the bed bug bite :* 
Assalamualaikum.
Semoga hari esok lebih baik dari hari ini :)
Muahhhhhhhh


Ayah, akak nak kasut ceni. Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee :c Tapi nak color jeans pudar plishhh ummm takpun maroon. Okbai lols

Eh eh, oh yaaa bila nak kait kan post kalai ni dengan title. Haha sebenarnya jadi pelajar 'selepas pmr' ni sebenarnya bukannya best pun. Tak best langsung. Ye lahh rasa macam takde arah tuju je. Pergi sekolah pun macam pelik. Mana taknya, dah la bosan. Takde homework takde itu takde ini. Hmmm ceh dulu sebelum pmr rasa macam tak sabarnya nak habis pmr. Nah ambik kau, sekarang rasa macam takde guna je. Lifeless ceh. Sumpah bosan. Lagi lagi kalau duduk rumah je. Bangun makan tu je la rutin. Hadap muka yang sama je pulak tu -.- Tapi bila mengadu dekat ibu je pasal bosan bosan ni an, mula ah dia membebel. "Korang tu je tak nampak, dalam rumah macam macam boleh buat. Sapu blablblabla cuci fridge blablabla" zzz bosan betul. Aihh bila la ayah nak cuti bawa pergi jalan jalan hmmmm

SELAMAT HARI AIDILADHA SEMUA

kali ni betul betul, okay bye tc